Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
_”Nasehat&saran
“Janganlah engkau berasa bahawa telah banyak amal ketaatanmu, dan janganlah engkau berasa besar diri dan takabbur dengannya, dan janganlah engkau meninggikan diri terhadap saudaramu yang diuji oleh Allah dengan kemaksiatan.
Janganlah engkau memandang rendah dan menghina sebarang perkara baik dan makruf.
Janganlah engkau mengutuk dan menghina saudaramu yang telah melakukan dosa. Janganlah redha terhadap dosa tersebut. Bencilah akan dosa itu, akan tetapi janganlah membenci pelakunya.
Di sana adanya beza antara dosa dan pembuat dosa, dan adanya beza antara ketaatan dan pelaku taat kerana boleh jadi seorang pelaku taat itu tidak mendapat sebarang faedah langsung dari amal / perbuatan taatnya tadi.”
[Syeikh Ali Jum’ah]
جَزَى اللهُ عَنَّا سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا هُوَ أَهْلُهُ
Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usia kami
Tetapkanlah kami di jalanMu Agar kami istiqamah menjejaki keredhaanMu Teguh menjalankan perintah Mu,tunduk pada ketentuan mu Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.Agar tidak sia-sia sisa umur kami berlalu…
__“Aamiin ya robbal alamiin….
